halaman 3
LAPORAN BAHAN BANTU MENGAJAR
1.0
Definisi Bahan Bantu Mengajar
Bahan
Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar
bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar
sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang
melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid .Atan Long (1981)
membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran,
alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) membahagikan
BBM kepada dua multimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.
2.0 Jenis Alat Bantu Mengajar
Bahan
Bantu Mengajar ataupun lebih dikenali sebagai BBM mempunyai peranan yang sangat
penting untuk seorang guru gunakan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP). Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam
PdP seseorang guru yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan peyampaian
isi pelajaran. Penggunaan BBM yang menarik dan terbaru dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang seronok serta berkesan. Bahan bantu mengajar
merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca,
dikisahkan, dirasai, dihidu dan digunakan. Bahan bantu mengajar ini mempunyai
tiga kategori iaitu
a. Bahan
bantu mengajar bukan elektronik
b. Bahan
bantu mengajar berbentuk elektronik
c. Bahan
bantu mengajar bercorak pengalaman
Manakala
jenis bahan bantu mengajar terdapat dua iaitu Tradisional dan Moden.
Bahan
bantu mengajar tradisional adalah seperti :
a. Papan
hitam atau papan putih
b. Kertas
Mahjong
c. Kad
manila
d. Konkrit
(3 Dimensi)
e. Bahan bacaan (Buku, Majalah, Surat Khabar dan
sebagainya)
Moden :
a. Elektronik (Radio, Televisyen dan
sebagainya)
b. Komputer (Teknologi Maklumat)
c. Buku Elektronik (Flip Book, E-Book)
d. Powerpoint dan Prezi
e.
Video
f.
Website (Blogspot, WordPress)
2.1 Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
i. Papan tulis atau papan putih, merupakan
bahan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga diguakan untuk
mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar.
ii. Buku teks, adalah hasil khusus oleh
beberapa penulis. Buku teks digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama
pengajaran dan latihan.
iii. Papan pamer juga dikenali sebagai papan
buletin yang merupakan sumber pengajaran yang produktif. Papan pamer dapat
memperkenalkan idea baharu, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan
perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti,
membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran.
iv. Fail tegak dan bahan bacaan, adalah
terdiri daripada bahan-bahan bercetak iaitu bahan bacaan bukan buku. Sebagai
contoh majalah, calendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster,
carta, peta, gambar skrip dan lain-lain. Fail tegak boleh disimpan sebagai koleksi
fail dalam kabinet fail. Bukan itu sahaja, fail tegak juga dapat menambah dan
mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber sekolah
atau bilik darjah.
v. Gambar pula digunakan untuk memulakan
pengajaran bagi menarik minay pelajar ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa
ke dalam bilik darjah.
vi. Kad imbasan atau kad cantuman, terdiri
daripada kata-kata atau rangkai kata. Kad imbasan adalah bertujuan untuk
memperkenalkan perkataan-perkataan baharu, namun hanya sesuai kepada
pelajar-pelajar peringkat rendah.
vii. Carta, merupakan maklumat sistematik
yang mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambar rajah, lakaran, nota
ringkas, rangkai kata dan lukisan. Terdapat beberapa jenis carta yag digunakan
dalam bilik darjah seperti carta flip, carta pusing, carta aliran, carta graf
dan carta pai.
viii. Grafik merupakan bahan yang dilukis
sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan
visual.grafik juga dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman
pelajarannya.
ix. Model adalah bahan gentian yang
menyerupai bahan sebenar dan bahan tiga dimensi yang mewakili bentuk atau
bagaimana sesuatu itu berfungsi. Model boleh diperbuat daripada kertas, tanah
liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster.
x. Boneka, adalah berbentuk seperti
orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan. Boneka digunakan dalam pengajaran
bercerita atau berdialog. Boneka juga boleh diperbuat daripada kain, kapas,
tanah liat dan kertas rendaman.
xi. Diorama merupakan reka bentuk gabungan
bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan pada satu susunan kedudukan
seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan
tiga dimensi.
3.0
Kebaikan Bahan Bantu Mengajar
Alat
bantu mengajar (ABM) mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri
kerana ia merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar. Ia
memainkan peranan penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran
selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu
matapelajaran. Hal ini kerana ABM menjadi daya penarik yang penting kepada
seseorang pelajar.
Antara
kebaikan bahan bantu mengajar (BBM) ialah :
i)
Meningkatkan daya pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar melalui keupayaan
boleh meramal apa yang ingin disampaikan.
ii)
Meningkatkan keupayaan pelajar untuk membaca dengan fleksibel.
iii)
Meningkatkan daya pemikiran kritikal melalui keupayaan menghubungkaitkan
maklumat yang terkandung dalam teks dengan imej yang dipaparkan.
iv)
Menarik minat para pelajar.
v)
Menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.
4.0
Keburukan Bahan Bantu Mengajar
Pada
pendapat kami BBM yang dibuat tidak ada keburukan. Hal ini dikatakan demikian
kerana Bahan Bantu Mengajar (BBM)
dilakukan dengan tujuan untuk membantu para pelajar lebih memahami pengajaran
yang diajar oleh guru. Oleh itu, pada pendapat kami tiada sebarang kekurangan
terhadap apa jua BBM yang dibuat.
5.0 Keperluan Bahan Bantuan Mengajar
Faktor
yang mendorong kepada penyebab bahan bantu mengajar diperlukan adalah kerana
bahan bantu mengajar memainkan peranan penting bagi proses pemahaman sesuatu
konsep yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dan berupaya
untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu mata pelajaran yang mereka jalani.
Alat bantu mengajar ini menjadi alat perantaraan yang penting sewaktu proses
pembelajaran terutamanya dalam memberikan rangsangan kepada pelajar. Selain
daripada para pelajar yang mendapat kesan positifnya, para pendidik turut
menerima kesan yang sama terutamanya
dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Alat
bantu mengajar juga sebagai pencerahan terhadap sesuatu mesej yang ingin
disampaikan. Hal ini kerana sesuatu mesej atau ilmu yang ingin disampaikan haruslah
mempunyai maklumat yang lengkap dan mudah difahami bagi mengekalkan tumpuan dan
minat pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dijalankan.
Selain
itu, pada era teknologi dan tahap pendidikan yang semakin meningkat maju, alat
bantu mengajar boleh memberi impak yang positif terutamanya dalam meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran (PDP) dan mampu meningkatkan motivasi para
pelajar. Hal ini dapt dilakukan melalui penggunaan perisian multimedia moden
seperti video klip, youtube dan power point beranimasi.
Alat
bantu mengajar menjadi instrumen penting dalam proses penerapan ilmu sewaktu
sesi pembelajaran kerana berjaya mempertingkatkan daya pemerolehan melalui
sudut bacaan terutamanya dalam kalangan
pelajar berkeperluan khas dan pemulihan pembelajaran. Peningkatan penguasaan
jelas ditunjukkan oleh pelajar berkeperluan khas ini terhadap alat bantu
mengajar yang sesuai dan menarik khususnya dalam kaedah pengajaran asas
membaca.
Alat
bantu mengajar dapat menjadikan para pelajar memperlajari ilmu dalam keadaan
dan suasana yang menyeronokkan. Hal ini dapt digambarkan melalui respon positif
daripada kebanyakan pelajar yang mempunyai daya usaha dalam menuntut ilmi. Para
pelajar melahirkan rasa seronok dan selesa melalui penggunaan alat bantu
mengajar oleh guru mereka khususnya
dalam mata pelajaran yang penting dan wajib lulus seperti Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris.
Kesimpulannya,
alat bantu mengajar amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada era
teknologi ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, pendidikan di negara Malaysia
perlu selari dengan kemajuan di negara Malaysia. Oleh itu, guru pada zaman ini
perlulah kreatif dan inovatif dalam menyampaikan ilmu.
Comments
Post a Comment